Terbaru, Wany Hasrita menerusi laman Instagramnya ada memaklunkan bahawa dia akan bertolak ke Kota Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama ibu dan keluarga.
Ujar penyanyi itu, pada awalnya dia berhasrat untuk menunaikan umrah pada tahun lepas namun tidak kesampaian. Tapi Wany tetap bersyukur kerana diberi peluang ini untuk menjejak kaki di Tanah Suci sekali lagi.
“Assalamualaikum, pagi semua! InsyaAllah saya, ibu & famili akan berangkat mengerjakan umrah hari ni. Minta maaf salah silap wany ya!
.
tak tahu nk gambarkan rasa dalam hati, azam tahun lepas dpt tunaikan tahun ni. Alhamdulillah, Allah sebaik perancang. Doakan perjalanan kami selamat pergi balik ya. ❤️”, kongsinya.
Dalam pada itu, di ruangan komen peminat serta rakan artis mendoakan agar Wany dan keluarga sentiasa selamat dan mendapat umrah yang mabrur.



Terdahulu, bintang ini telah melawat Tanah Suci untuk menunaikan haji pada Ogos tahun lalu.
Sumber: Instgaram Wany Hasrita
Leave a Reply