“Aku dah langkah beberapa step..”, Issey kongsi momen hantar anak ke sekolah buat pertama kali

Baru-baru ini, penyampai radio Issey ada berkongsi beberapa keping foto di laman Instagram miliknya.

Menerusi foto tersebut difahamkan bahawa Issey atau nama sebenarnya Fazlisham berkongsi momen menghantar anak-anak ke sekolah buat pertama kali.

Ujarnya, meskipun dia sudah langkaui beberapa langkah sebelum bergelar bapa, namun dia akan cuba untuk memberi yang terbaik buat anak isterinya itu.

“Hantar anak sekolah. Fasa baru dalam hidup. Aku dah langkah beberapa step. Banyak yang tertinggal. But, i will try my best to be a good daddy.
#daddyissey
#gengissey“, tulisnya.

 

Terdahulu,Issey baru sahaja menamatkan zaman dudanya apabila berkahwin dengan kenalan lamanya, Noor Aimi Mohd Jamil.

Aimi merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata dan telah keh1langan suami pertama beberapa tahun yang lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

Bermulalah riwayat Daddy issey. Alhamdulillah. Dapat 3 orang.. terima kasih @aimi_jamel. Selamat bersama! #gengissey #isseyxaimi

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

 

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*