Kali Pertama Muncul Di Khalayak Ramai, Netizen Speku Jejaka Ini Ialah Kekasih Mira Filzah!

Baru-baru ini, peminat pelakon Mira Filzah telah dikejutkan dengan berita bahawa artis kesayangan mereka itu bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang disorok identitinya.

Malah, Mira turut akui bahawa dia menyimpan perkara itu atas permintaan keluarga dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan mereka.

Namun, semasa majlis resepsi pelakon Farah Nabilah yang berlangsung pada 5 Januari lepas, Mira Filzah telah dirakam bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir Astar.

Menurut sumber, Wan Emir Astar ialah seorang arkitek dan turut memiliki firma seni bina sendiri. Beliau merupakan anak kepada ahli perlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Bapanya pula adalah Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad merupakan bekas Ahli Parlimen yang sama namun telah men1nggal dunia dalam ins1den helikopter di Sarawak pada tahun 2016 lalu.

Malah, difahamkan juga lelaki ini merupakan kawan lama kepada Mira Filzah sewaktu zaman belajar dahulu tetapi persahabatan mereka terputus selepas Wan Emir melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun begitu, walaupun pelabagai spekulasi telah timbul namun Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas apa-apa mengenai hubungannya atas dasar hormat kepada permintaan keluarga.

Sumber: Instagram Mira Filzah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*