“Baru ada semangat nak tengok!”, Awal Ashaari kembali mengacara Melodi, peminat teruja!

Pelakon dan pengacara, Awal Shaari menerusi perkongsiannya di Instgaram ada memuatnaik beberapa keping video yang menunjukkan gelagatnya sebelum memulakan pengacaraan program hiburan Melodi Ahad lalu.

Lantas ianya menjadi tumpuan peminat dan rata-rata darinya gembira kerana Awal sudah kembali mengacara program itu.

“F irst week of 2020. It’s going to be ah-maaaazinggggg! So korang, macam mana dengan 2020 so far?’, kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

First week of 2020. It’s going to be ah-maaaazinggggg! So korang, macam mana dengan 2020 so far?

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

Peminat serta rakan artis meninggalkan reaksi positif di ruang komen itu.

Sekadar perkongsian, Awal dan Janna Nick telah bergandingan bersama bermula 5 Januari lalu.

Terdahulu, pengacara dan pelawak Ajak Shiro mengumumkan tidak menyambung kontrak sebagai pengacara Melodi selepas dua tahun bersama program itu.

Sumber: Instgaram Awal Ashaari

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*