Nabila Razali Akui Ambil Kelas Lakonan, Perbaiki Bakat.

Baru bertatih dalam bidang lakonan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali akui terpaksa mengambil kelas lakonan untuk memantapkan lagi mutu gaya lakonannya.

Namun begitu, Nabila dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan identiti individu yang bertindak sebagai gurunya.

 

 

View this post on Instagram

 

What day is today? SHOPPING DAY!!! πŸ›πŸ›πŸ› Outfit by : @guess #GuessMalaysia

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on

Ujarnya lagi, dalam perkembangannya terbaru dia sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Seindah Tujuh Warna Pelangi yang akan ditayangkan pada bulan Februari ini.

“Kali ini saya bergandingan dengan Aeril Zafrel dan disebabkan hero-hero yang selalu digandingkan dengan saya semua hebat-hebat belaka, saya memang ada ambil kelas lakonan.

“Cumanya, saya tak berani uar-uarkan yang saya ada ambil kelas lakonan sebab takut nanti hasilnya tak seperti mana yang orang jangkakan.

 

 

View this post on Instagram

 

πŸ’šπŸ’šπŸ’š @syomirizwagupta

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on

Namun, Nabila tegaskan apabila dia membuat sesuatu kerja, dia pasti akan berikan yang terbaik kerana dia pentingkan kepuasan.

Tambah pelantun lagu Vroom Vroom menyatakan dia tidak mudah melatah sekiranya mendapat komen neg4tif daripada peminat.

 

 

View this post on Instagram

 

μ•ˆλ…•ν•˜μ„Έμš”! πŸ’•

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on

“Saya memang baca semua komen yang diberikan tak kisah sama ada positif atau neg4tif namun tidak pernah ambil hati dengan pandangan penonton.”

“Kalau mereka kata ada lakonan saya yang tidak sampai pada mana-mana bahagian, saya akan tengok balik dan perbaiki dari situ selain akan bertanya kepada guru lakonan saya,” kata mengakhiri kata.

Sumber; Instagram Nabila Razali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*