Pereka Fesyen Dedah Sebalik Tabir Pembikinan Pakaian Naim Daniel Di AJL

Selesai majlis penuh prestij AJL 34 yang menyaksikan malam itu adalah milik Naim Daniel, penampilan selebriti muda ini juga turut menarik perhatian ramai. Dikatakan penampilannya malam tadi adalah hasil terjemahan dari video muzik ‘Sumpah’ yang dibawa ke pentas pertandingan tersebut.

BACA: Nyanyian Pemuda Di Kedai Ini Raih Perhatian Ramai, Termasuk Sam Smith!

Penampilan ‘di luar kotak’ Naim Daniel ketika membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke 34 membuatkan ramai puji. Sesuatu yang nampak luar biasa sekali penampilannya malam tadi.

Menerusi Instagram pereka fesyen, Hatta Dolmat, dia berkongsikan di sebalik tabir penghasilan pakaian buat Naim Daniel malam tadi.

Untuk info, Hatta Dolmat adalah insan yang bertanggungjawab menghasilkan pakaian buat Naim Daniel pada malam penuh bersejarah itu.

Berikut adalah beberapa perkongsian dari pereka fesyen berbakat besar ini:

Berdasarkan kapsyen Hatta Dolmat ini, pakaian tersebut adalah diinspirasikan dari video muzik Sumpah atau ‘anime illustrations to reality’.

Ini pula video di sebalik tabir penghasilan pakaian Naim Daniel yang sempat pereka fesyen ini rakamkan.

Menurutnya, penghasilan baju ini memerlukan Hatta hand painting di atas pakaian tersebut. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan olehnya sebagai pereka fesyen.

Selain itu Hatta Dolmat turut meluahkan pemilihan fabrik pakaian juga turut menjadi cabaran buat dirinya. Biar apa pun, hasil seni Hatta Dolmat memang terbaik dan menjadi. Secara keseluruhannya penampilan Naim Daniel malam tadi memang cukup onz!

Sumber: Hatta Dolmat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*