“Ampunilah Bagiku Segala Dosa..”- Kata-Kata Terakhir Abam Seolah Mengetahui Pemergiannya.

Ampunilah Bagiku Segala Dosa..”- Kata-Kata Terakhir Abam Seolah Mengetahui Pemergiannya.
Hiburan

PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meningg4l dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

 

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bern4fas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke h0spital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Kata-kata terakhir Abam seperti mengetahui akan pemergian dirinya

Achey & Fad menangisi pemergian rakan seperjuangan mereka

sumber : awani/abam

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum. Satu berita yang sangat mengejutkan Malaysia dan peminat industri seni tanah air. Sama sama kita doakan supaya Abam Bocey ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan takziah untuk kumpulan Bocey serta ahli keluarga.

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*