Pelakon Tasha Shilla akui dirinya sepakat bersama suami, Muhammad Atiq Idris untuk diijabkabulkan di ruang solat Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai simbolik pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka.
Jelasnya lagi, meski pun perkenalan mereka pada awalnya diatur oleh kenalan rapat, namun keduanya saling bertemu secara tidak sengaja buat kali kedua di lokasi terbabit.
“Jujurnya pertemuan pertama kami diatur oleh rakan baik, akan tetapi pertemuan kedua yang tak dijangka itu di Masjid Wilayah.
“Saya ternampak dia, bertemu di sini di ruang solat yang sama dan saya pilih, beritahu suami mahu dinikahkan di sini.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak doa saya sebelum ini dimakbulkan Allah,” katanya sejurus sah bergelar isteri kepada lelaki berusia 33 tahun itu..
Pelakon, Tasha Shilla berkongsi detik istimewa cintanya yang sedang mekar menerusi sebuah klip video antaranya dengan suami, Muhammad Atiq Idris.
Setiap detik digambarkan dengan penuh keindahan dan bagaimana wanita ini bersedia sepenuhnya untuk dimiliki dan menanti bakal imam untuk memimpin tangannya.
Malah, Tasha turut bermonolog bahawa cinta sejati, dalam kita sibuk mencari, sebenarnya ada yang dekat sedang memerhati.
Apa yang lebih mengujakan hati netizen apabila klip video ini dilakukan sejurus selepas sah ikatan perkahwinan.
Tasha Shilla dan Muhammad Atiq Idris diijab kabul pada 28 Februari lalu di sebuah majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah.
Pasangan ini berkenalan pada Disember 2019 dan mengikat pertunangan pada 23 Februari lalu.
Foto : Instagram Tasha Shilla
Kredit:MH
Leave a Reply