(Video) “Saya Belum Puas Berkhidmat…”, Exco Perak Men4ngis Teresak-Esak Tinggalkan Pejabat

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, perkara paling menyentuh hatinya ialah terpaksa menurun gambarnya yang diambil pada 19 Mei 2018 ketika menerima watikah pelantikan sebagai Exco di pejabatnya.

“Saya mempersiapkan diri untuk menerima keadaan yang akan berlaku dalam dua tiga hari ini.

“Saya datang sini untuk kemas harang-barang saya.

“Namun yang paling sedih, saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri,” katanya semasa ditemui media di pejabatnya di Bangunan SUK Perak pada Selasa.

Katanya lagi, beliau masih mahu terus berbakti pada rakyat Perak.

“Saya exco penerangan dan kerap berjumpa masyarakat.

“Antara yang paling menyentuh hati saya ialah program santai bersama rakyat bawahan.

“Dari situlah saya dapat lihat apa rakyat Perak mahu selama ini,” tambahnya lagi.

Tegasnya, dalam kehidupan perlu ada prinsip dan kebenaran yang perlu ditegakkan.

Antara Exco lain yang dilihat mengemas meja dan membawa keluar barang dari pejabat ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari.

Hasnul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong berkata, beliau sudah bersedia untuk menerima arahan seterusnya yang membawa kepada perubahan pentadbiran kerajaan Perak.

“Saya perlu bersedia. Kami di barisan Exco belum menerima apa-apa arahan daripada Menteri Besar tetapi kami bersedia.

“Ini adalah politik, saya mesti menerima kenyataan dan hidup (sebagai ahli p0litik) boleh berubah sekelip mata,” katanya.

Beliau berkata, masih mahu berkhidmat untuk rakyat Perak.

“Mereka yang di bawah tidak tahu apa yang berlaku di atas. Orang susah bukan mahu jadi kaya tetapi mahukan sedikit kesenangan dan perhatian,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan bersama beberapa Exco lain, Hasnul berkata, kerajaan negeri masih lagi berjalan seperti biasa sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan Menteri Besar.

“Saya belum menerima apa-apa maklumat. Saya sudah berjumpa Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim) dan Pegawai Kewangan Negeri (Datuk Abu Bakar Said) pagi tadi dan mereka memberitahu perkara sama,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Perak Tan Kar Hing; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri Dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Wong May Ing; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan.

 

Dikirim oleh Hasnul Zulkarnain pada Minggu, 01 Maret 2020

 

 

Sumber: siakapkeli via Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*