Netizen K0ngsi Foto Ayam Membvsuk, Sayur L4yu, Lambakan Troli Ditinggalkan Dipercayai Akibat Pembelian P4n1k

SALAH satu perkara penting yang kita sebagai orang awam kena cakna ketika konflik wabak C0v1d-19 ini adalah dengan tidak melakukan sebarang pembelian panik.

Namun baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial tentang lambakan troli di sebuah pasar raya yang dipenuhi barangan keperluan harian, dipercayai hasil pembelian panik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurut sumber, dipercayai troli penuh yang ditinggalkan itu mungkin disebabkan pembeli tidak mampu beratur panjang dan terlalu ramai orang sehingga berakhir waktu operasi.

Akibat sikap pentingkan diri tersebut, didapati beberapa barangan dalam troli yang ditinggalkan itu sudah mulai rosak seperti ayam yang sudah membusuk, sayur sudah melayu dan makanan sejuk beku yang terbiar.

~Panic buying -troli-troli yang ditinggalkan~

Tadi sedang beratur nak membayar, ternampak troli-troli bersusun yang ditinggal dari semalam dalam pembelian panik..

Ada ayam yang dah busuk, sayur yang dah layu, makanan sejuk beku yang terbiar.

Bila tanya pada adik kaunter, katanya ditinggalkan sebab tak mampu nak beratur panjang, ada yang kata sebab terlalu ramai orang hingga berakhirnya waktu operasi..

Tindakan kita menyebabkan:

1. Barang jadi rosak.

2. Pembaziran

3. Menyusahkan petugas untuk menyusun semula.

Jika kita tak dapat membantu, Janganlah sampai menyusahkan.

Tak minta kutuk, jadikan pengajaran.

 

Lambakan troli yang ditinggalkan begitu sahaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Gambar: Facebook

 

~Panic buying -Troli-troli yang ditinggalkan~Tadi sedang beratur nak membayar, ternampak troli-troli bersusun yg…

Dikirim oleh Ummu Athirah Yusuf pada Senin, 16 Maret 2020

Sumber: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*