“Fad Bocey pinjam gambar”- Aeril Zafrel

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bukan saja disukai kerana bakatnya dan menjadi inspirasi ramai dalam bidang perniagaan namun dia juga sering membuatkan netizen terhibur dengan status lucunya menerusi laman sosial peribadinya.

Siapa menyangka, pelakon kacak ini juga seorang yang kelakar selain peminat dan netizen mengikutinya untuk mengetahui perkembangan dia bersama isteri, Wawa Zainal dan anak-anak dilaman sosial seperti Twitter mahupun Instagram, netizen juga seringkali ‘layan’ kapsyen lawak daripada dirinya.

Terbaru pula, Aeril Zafrel berkongsikan satu ayat yang turut tular dilaman sosial. Pun begitu, dia memuat naik ayat berkenaan dilaman Instagram sekali gus membuatkan ramai terhibur.

 

Ini kerana, kapsyennya sangat lucu dengan foto dikongsikan dimana menerusi perkongsian foto itu terdapat ayat ‘bayangkan kau sebenarnya sihat je tapi dapat corona waktu panic shopping.’

Walau bagaimanapun, kapsyen ringkas pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi ini dimana Aeril Zafrel sempat berseloroh dengan bertindak ‘tag’ laman akaun milik pelawak dan penyampai radio terkenal, Fad Bocey di posting berkenaan membuatkan rata-rata gelak besar.

Dapat diperhatikan kapsyen bertulis ‘@fadbocey pinjam gambar,’ sepertinya Aeril Zafrel menyamakan wajah individu dalan foto dikongsikan itu dengan selebriti berkenaan.

 

Seperti biasa, kapsyen Aeril Zafrel ini dikatakan juga tidak mengecewakan peminat dan pengikut yang sudah biasa terhibur dengan kapsyennya menerusi laman sosial.

Reaksi netizen

 

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*