19 Ribu Sign Petisyen Mahu Vivy Yus0f letak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Gara-gara membalas komen bersetuju, mengenai pendapat seorang usahawan tempatan yang mengulas isu bantuan yang diterima golong berpendapatan rendah, B40, ahli perniagaan Vivy Yusof sehingga kini masih menerima kecaman netizen.

 

Setelah mendapat pelbagai kecaman, sehingga ada yang mahu memboikot kesemua produknya, Vivy dalam satu kenyataan di laman Instagram telah membuat satu permohonan maaf.

Tiada niat nak menghina

Jelas usahawan tersebut, dia sama sekali tidak berniat mahu memperlekehkan mahupun menghina golongan B40, sebaliknya dia hanya mahu memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang juga sedang berhadapan dengan kerugian.

 

Namun, permohonan maaf tersebut nampaknya masih belum lagi mampu meredakan kemarahan di hati netizen. Malah, kini terdapat satu petisyen yang diwujudkan pihak Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) khas buat usahawan itu.

Difahamkan, petisyen tersebut dibuat bertujuan untuk menggesa usahawan tersebut meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di UiTM.

 


Antara intipati petisyen tersebut adalah, mengatakan bahawa  Vivy selaku ahli lembaga pengarah UiTM tidak menjalankan tugas dengan baik, dan telah menyentuh sensitiviti para penuntut yang kebanyakkannya daripada golongan B40.

 

Setakat ini, petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 19,600 orang yang bersetuju untuk menuntut ahli perniagaan itu melepaskan jawatannya.

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*