Resipi Ringkas Telur Dari Elfira Loy Raih Lebih 300K Tontonan!

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti kecil molek bernama Elfira Loy ini. Sering berkongsikan pelbagai aktiviti yang dilakukannya di rumah, Elfira juga tidak kekok memuatnaik video masakan darinya sendiri.

Memasuki Perintah Kawalan Pergerakan ke-15 hari ini mungkin ramai yang sudah tiada idea untuk memasak. Apa kata anda cuba resipi ringkas telur dari Elfira Loy yang dikongsikan oleh selebriti ini. Bahannya juga mudah untuk didapati.

 

Bahan yang digunakannya adalah telur, sos ikan, air tepung jagung dan garam sahaja. Cara masaknya pula seakan sama telur dadar. Di ruangan kapsyen, tulis selebriti ini resipi tersebut adalah telur tapi rasanya seakan ayam goreng.

“Nah saya share resipi telur rasa seperti ayam goreng. Tbh this js my favorite , panas & rangup emm nyummeh….”

Selain itu dia turut berkongsikan tips untuk mendapatkan hasil masakan seperti yang ditunjukkannya ini. Ini antaranya:

 

“Kena bersabar biarkan masak lama sikit baru terbalik nanti kan tak brown brown dia tak keras. oh lagi satu , kuali tu bulat yang medium jangan besar sangat sebab dia kena full ikut bulat kuali tu.


selamat mencuba!”

 

Berikut adalah video resipi ringkas telur dari Elfira Loy yang dikongsikan olehnya:

View this post on Instagram

Nah saya share resipe telur rasa seperti ayam goreng. Tbh this js my favorite , panas & rangup emm nyummeh. taknak type resipi sebab korang kena tengok video tu okay. Tips : kena bersabar biarkan masak lama sikit baru terbalik nanti kan tak brown brown dia tak keras. oh lagi satu , kuali tu bulat yang medium jangan besar sangat sebab dia kena full ikut bulat kuali tu. selamat mencuba!

A post shared by @ elfiraloy on

 

Video masakan ringkas yang dikongsikannya ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 41 ribu likes.  Di ruangan komen ada antara netizen yang mahu mencubanya dan berterima kasih pada Elfira Loy kerana berkongsikan resipi ini.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*