Dr Noor Hisyam Kelihatan Sedih Dan Sebak Kerana Kehilangan Seorang Yang Hebat

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak semasa mengumumkan persaraan salah seorang panglima per4ng Cov19, Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib.

Menyifatkan timbalannya itu sebagai antara orang yang penting ketika berdepan wabak berkenaan, Dr Noor Hisham kelihatan sebak ketika menutup sesi sidang media harian, hari ini.

“Hari ini adalah hari terakhir salah seorang panglima per4ng saya iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada 10 Jun 2020 selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari.

“Beliau bersama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengharungi dan memerangi wab4k Cov-19.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia,” katanya.

KENYATAAN PENUH DG HISHAM

Dengan berat hati ingin saya memaklumkan bahawa pada hari ini adalah kali terakhir salah seorang panglima perang saya, Datuk Dr Hj Rohaizat bin Hj Yon, berdiri di sebelah saya di sidang media harian COV-19 Kementerian Kesihatan. Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) saya sejak 25 Mac 2019.

Setelah 35 tahun menabur bakti kepada negara, hari ini iaitu 10 Jun 2020 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai seorang pejawat awam. Pada pengakhiran perkhidmatannya, sudah menjadi rezeki beliau (barangkali), untuk bersama-sama dengan saya dan barisan panglima-panglima KKM untuk mengharungi wabak COV19 ini.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana telah memberikan komitmen yang begitu tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat dan Negara. Kalau nak bercerita mengenai kejayaan-kejayaan dan sumbangan beliau, memanglah banyak dan tidak dapatlah saya hendak sebutkan satu persatu.

‘Saya hilang panglima per4ng’ – Dr Noor Hisham

Hebat Nakhoda berlayar selamat,

Tibanya malam berlabuh bahtera,

Bertahun lama menabur khidmat,

Bersama KKM membantu Negara.

Keris pusaka penuh azimat,

Masihlah terjaga tinggalan desa,

Selamat Bersara Dr Rohaizat,

Baktimu mulia dikenang sentiasa.

Rata-rata netizan melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa yang telah diberikan

Awali Addin Trima kasih.. Inshaa Allah tragdi ini akn ku ceritakan pd anak cucu nanti jika umur pjg.. Slamat bersara..

Razali Omar terima kasih kepada semua pertugas2 d hadapan. terutama para doktor dan jurawat semua. pihak polis tentera. dan yang berkaitan dengan nya. teharu rasa nya. semoga allah swt. melindungi semua rakyat malaysia.

Nooraini Mohd Bakri Terima kasih tak terhingga di ucapkan. Jasa mu hanya Allah yg akan membalasnya. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat ganjaran terbaik dr sang pencipta. Aamiin

Sedikit Info Mengenai DR. Rohaizat

Dr. Rohaizat telah berkhidmat selama 35 tahun dengan Kementerian Kesihatan. Beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 25 Mac 2019.

“Pada pengakhiran perkhidmatannya, sudah menjadi rezeki beliau (barangkali), untuk bersama-sama dengan saya dan barisan panglima-panglima KKM untuk mengharungi wab4k COV1ID-19 ini.

“Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana telah memberikan komitmen yang begitu tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat dan Negara.

“Kalau nak bercerita mengenai kejayaan-kejayaan dan sumbangan beliau, memanglah banyak dan tidak dapatlah saya hendak sebutkan satu persatu,” kata Dr. Noor Hisham.

Hari terakhir perkhidmatan Dr. Rohaizat menyaksikan jangk1itan baharu Covi1d-19 dalam negara merekodkan k3s terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dengan hanya dua k3s dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua k3s baharu yang dilaporkan itu, ada satu kes import dan satu lagi k3s penularan tempatan membabitkan bukan warga Malaysia.

Untuk rekod, dua hari berturut-turut tiada jangkitan Covi1d-19 berkaitan k3s penularan tempatan membabitkan rakyat tempatan.-SM

Sumber : HMETRO / Facebook Noor Hisham Abdullah via MB

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*