APMM kesan sebuah lagi bot Roh1ngya siap sedia untuk masuk ke Malaysia

SEBUAH lagi kapal yang membawa kira-kira 300 pel4rian r0h1ngya dikesan berselindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand selepas gagal memasuki perairan negara ini.

Difahamkan, kapal yang dikendalikan sindiket membawa masuk pendatang terbabit sudah berada di perairan Thailand sejak empat bulan lalu selepas bertolak dari Cox Bazar, Bangladesh pada Februari lalu.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal berkenaan sudah puluhan kali cuba untuk masuk ke perairan negara, namun gagal kerana dikesan penguat kuasa APMM.

“Kini mereka didapati berselindung di belakang Pulau Koh Adang dan dipercayai sedang menyusun strategi untuk masuk semula ke perairan negara.

“Sebanyak dua kapal yang membawa pelarian ini bergerak pada Februari lalu, namun salah satu kapal mengalami masalah enjin dan bocor di perairan Malaysia semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mohd Zubil berkata, sindiket dari Myanmar akan berhubung dengan sindiket di Thailand untuk membekalkan makanan dan minyak untuk kapal berkenaan.

“Memang tidak ada kapal yang mampu bertahan selama empat bulan di laut kecuali dibekalkan dengan semua keperluan termasuk makanan, minyak dan keperluan lain.

“Ejen ini didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan sindiket di Thailand dan Myanmar,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya percaya sindiket terbabit dalam memperdagangkan orang dan kos membawa masuk semua pelarian berkenaan di tanggung oleh ejen.

“Ejen akan menanggung kos sebelum semua pelarian ini mendapat pekerjaan dan akan mengambil wang hasil pekerjaan mereka sebagai timbal balas.

“Pemantauan, rondaan dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas masuk ke perairan negara,” katanya.

Hantar semua pelarian terkandas

“Saya akan minta Kementerian Luar berbincang dengan kerajaan Bangladesh. Kita akan hantar semula pel4rian r0h1ngya ini ke Cox’s Bazar atau pulau Bashan Char di selatan negara itu,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas mengenai kes 269 pel4rian r0h1ngya yang menceroboh perairan Langkawi kelmarin hingga mencetuskan kegus4ran orang ramai berhubung tahap keselamatan dan kawalan perairan negara.

Selain itu katanya, Kementerian Luar juga diminta mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk menghantar pel4rian terbabit ke negara ketiga.

“Banyak negara yang mempersoalkan bagaimana Malaysia menguruskan r0h1ngya ini. Ada negara kata kita tidak berperikemanusiaan.

“Jadi, kita minta mereka menerima pel4rian r0h1ngya daripada Malaysia kerana mereka juga adalah ahli Konvensyen Mengenai Pelarian 1951.

“Kita tegas…kali ini tidak boleh terima lagi dan akan bincang untuk hantar balik r0h1ngya. Kalau negara ketiga dapat terima pelarian r0hing1ya ini. Kita harap dapat selesaikan,” katanya pada sidang media harian.

Ditanya mengenai tindakan penguatkuasa yang membenarkan 269 pelarian r0h1ngya terbabit masuk ke Langkawi, Ismail Sabri berkata, ia dilakukan adalah atas dasar kemanusiaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

Beliau berkata, ketika pel4rian terbabit memasuki perairan negara ada antaranya bertindak terjun ke laut, selain bot diboc0rkan dan enjin dirosakkan sebagai modus operandi mereka untuk memasuki negara ini.

“Kita tidak mempunyai banyak pilihan sama ada kita nak membiarkan mereka m4ti di laut atau selamatkan atas dasar kemanusiaan.

“Saya percaya ramai menganggap mengapa kita terlalu baik, tetapi atas dasar kemanusiaan tak kan kita nak biarkan anak kecil dan orang tua m4ti di dalam laut di depan mata tanpa kita selamatkan mereka,” katanya.

Sumber : wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*