Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

Pelakon Lisa Surihani mendedahkan suaminya, Yusry Abdul Halim telah menanam sebatang pokok ketika mendapat tahu dia hamilkan anak pertama mereka, Yahaira Leanne.

Kini selepas anaknya itu berusia lima tahun, Lisa menunjukkan pokok tersebut telah membesar dengan subur.

“Bila bapa awak tahu saya hamilkan awak, Yong (panggilan untuk Yahaira). Dia telah menanam pokok dan namakannya dengan The Yahaira Tree.

“Ia membesar dengan indah. Masya-Allah dan Alhamdulilah…,” katanya.

Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu Lisa memuat naik foto yang menunjukkan pokok tersebut di halaman rumahnya.

Rata-rata kagum melihat pokok tersebut membesar dengan subur dan cantik.

Malah ada yang mencadangkan supaya mereka membuat rumah kecil di atas pokok itu.

Lisa da Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Yusof Leonne berusia tiga tahun.

Selepas 8 Tahun Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa Semakin Akrab

Lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, Yusry Abd Halim dan isteri, aktres Lisa Surihani bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne,5 tahun dan Yusof Leonne, 3 tahun.

Sekali gus, menjadikan Yusry gembira dengan kehidupannya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak.

“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun.

Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui, but feels like the shortest. Its true when they say time flies when we…are truly happy.

“Thank you for being my everything syg @lisasurihani Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan itu yang berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang permata hati setakat ini.

Yusry terdahulu pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003, namun rumah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, yusri dan lisa juga meraikan ulang tahun ke tujuh pada tahun lepas

“SAYANG, kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan ada masa susah dan senang.

Saya sangat cintakan awak. Selamat Hari Kita 7,” kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pelakon popular Lisa Surihani.

Yusry, 45, menerusi Instagram berkata, dia bersyukur kerana mereka dapat melalui segala cabaran dan ikatan rumah tangga mereka semakin kukuh setiap hari.

“Terima kasih kerana berada di sisi saya dan anak-anak kita,” tulisnya.

Lisa, 32, juga memuat naik beberapa gambarnya dan Yusry mengimbau kenangan dalam perhubungan mereka dulu di akaun Instagram miliknya.

“Saya sangat berterima kasih kerana kita dapat mempelajari untuk mengukuhkan cinta dan nilai positif dalam perhubungan.

Ia perjalanan cinta yang sangat menarik buat dua individu yang berbeza seperti kita.

“23 February 2019 : 7 tahun lalu dan seterusnya. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya.

Perkongsian Yusry dan Lisa itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis dan peminat yang turut mendoakan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: gstv.vip

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*