Alhamdulillah rezeki” – Baru 6 bulan lebih berkahwin, Farah Nabilah Umum Berita Gembira

Aktres jelita Farah Nabilah mengumumkan dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus bakal menjadi ibu dan ayah tidak lama lagi.

Farah menerusi laman Instagram (IG) mengesahkan berita kehamilannya yang hampir memasuki lima bulan.

“Assalamualaikum makcik dan pakcik! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah.

“Tolong hantar doa anda untuk kami ya? So, mini me or mini mirul?” tulisnya.

Berita gembira itu disertakan dengan sebuah rakaman video Amirul mengusap perut dan mencivm dahi Farah.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? 🤗 So, mini me or mini mirul ? 🤲🏼💕👶🏻🦶🏻 #19weekspregnant

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Entri tersebut telah dihujani komen-komen rakan artis dan peminat yang telah mengucapkan tahniah serta mendoakan agar kehamilan Farah dipermudahkan.

Sementara itu, Gempak sedang berusaha untuk mendapatkan komen lanjut daripada Farah.

Farah dan Amirul selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

Terdahulu, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.


PELAKON Farah Nabilah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus, 28, dengan sekali lafaz di Royale Chulan, Damansara pada kira-kira pukul 9.04 malam, Jumaat.Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, dan Mohammed Amirul dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad sambil disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi.Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas tujuh dulang.Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Farah kelihatan anggun mengenakan busana putih rekaan pereka fesyen terkenal RizmanRuzaini.

Berbeza daripada kebiasaan, pasangan ini mengikat pertunangan beberapa minit sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Terdahulu Farah menerima rombongan merisik daripada keluarga pihak lelaki pada awal tahun ini.

Pada majlis yang bertemakan Melayu Klasik, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman dan solekan oleh Khir Khalid.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

Majlis khatam Al-Quran dan resepsi pertama bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu.

Selepas itu majlis di sebelah lelaki akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember disusuli resepsi sebelah perempuan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari depan.

Menerusi laporan mStar pada 23 Oktober lalu, Farah mendedahkan mereka diperkenalkan oleh rakan baiknya iaitu pelakon Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu.

Farah berkata, sikap penyabar dan pandai mengambil hati keluarga membuatkan dia menerima kehadiran lelaki berkenaan sebagai pasangan hidup.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*